Dunia baru

Persediaan Cantik Di Pagi Raya

Wednesday 25 April 2018


Apa rahsia Sustained Release Vitamin C Shaklee sehingga menjadi Vitamin kegemaran wanita Malaysia?. Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri. Oleh itu pengambilan vitamin C perlu sama ada melalui pemakanan harian ataupun suplimen. Vitamin C adalah Vitamin larut air dan perlu diambil secara harian.
Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana Vitamin C dilepaskan secara berperingkat setiap jam selama 5 jam. Di mana setiap biji Vitamin C Shaklee 500mg Vitamin C.

Sejak sekolah lagi sering diberitahu Vitamin C baik untuk kulit. Tidak kira pengambilan Vitamin C melalui pemakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kak Mie pun salah seorang yang percaya dengan pengambilan Vitamin C melalui pemakanan. Oleh itu akan pun gigih lah makan buah tomato mentah untuk dapat kulit yang cantik. Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik. Tapi nak makan buah oren zaman dulu bukan mudah. Lebih-lebih lagi Kan Mie berasal dari keluarga susah. Makan buah oren macam satu kenikmatan yang amat.

Hahaha sekarang tak perlu susah-susah. Sebiji Sustained Release Vita-C Shaklee Sama dengan 7.5 biji buah oren. Hmmmm buah oren sebiji di pasaran pun berharga RM1.50. Yang ni kiranya buah standardnya lah, saiz sedang-sedang, rasa manis. Nak lagi besar mau taknya RM2.00 sebiji. Ok nak makan 7.5 biji oren lebih kurang RM11.25. Makan buah tu pula kena makan setiap jam untuk pastikan badan kita mendapat sumber vitamin c yang cukup. Hehehheh siapa sanggup sila angkat tangan. Eh belum habis sampai situ. Makan buah Oren dalam kuantiti macam tu boleh jadi encik batuk datang bertandang. paling tidak pun kita yang bertandang selalu ke tandas sebab sakit perut. Hehehheh tak payah pening-pening fikir mana mau cekau duit beli oren. Sebiji Sustained Release Vita-C Shaklee cuma RM0.58 sama dengan 7.5 biji oren. Senang kan???? Mudahnya nak cantik dan sihat dengan Vita-C Shaklee.

Memang banyak vitamin C dalam pasaran. Taaapiiiii pastikan jangan beli yang sintetik tau... Sebaiknya pilih lah vitamin c yang diformulasikan dari bahan semulajadi. Sustained Release Vitamin C Shaklee merupakan Vitamin C yang diestrak daripada kulit buah dan mengandungi 25% bioflavonoid. Bioflavonoid mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh badan kita untuk membantu menetang bakteria dan radikal bebas. Nak cantik kan... tapi kesihatan jangan abaikan tau... Cantik dan sihat biar seiring. Barulah kita buat pilihan bijak.... Beauty WITH BRAIN...heheh

Ok korang. Vitamin bijak ni juga ada kelebihan lain tau. Sinnniii mari Kak Mie nak membawang kebaikan Sustained Release Vita-C Shaklee ni.

Apa Kelebihan Vitamin C Shaklee ?

Membantu Pembentukan Kolagen
SR Vita-C Shaklee membantu merangsang penghasilan semula kolagen dalam tubuh badan kita. Ia mampu menjadikan kulit wajah lebih anjal dan lebih halus.
Kolagen merupakan salah satu protein yang terdapat dalam tubuh badan kita. Ia merupakan komponen penting bagi mendapatkan kulit yang gebu dan halus. Tubuh badan kita memerlukan kolagen bagi menghasilkan kulit cantik dan sihat.

Ia bertindak sebagai penguat otot-otot diwajah supaya kelihatan lebih anjal dan halus. Akan tetapi penghasilan kolagen akan merosot apabila umur kita mencecah 30 tahun ke atas. Macam Kak Mie lah. Umur pun sampai tak cukup jari tangan dan kaki kakak nak kira. Oleh itu kita digalakkan untuk mengambil suplemen yang membekalkan kolagen untuk topup keperluan tubuh badan kita.

Mencerahkan Kulit Wajah

SR Vita-C membantu mencerahkan kulit wajah. Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam dan tona tidak sekata.
Ia juga bertindak sebagai anti-pigmen, iaitu mencegah daripada pembentukan pigmen berlaku yang boleh mengakibatkan jeragat terbentuk pada bahagian wajah kita.

Melindungi Sel Kulit Daripada Kerosakan

Vitamin C antara vitamin yang penting dalam membantu melindungi ketahanan sel sel kulit  dari terdedah dengan sinaran matahari (UV) yang mampu merosakkan sel kulit.
Apabila sel-sel kulit mula terjejas ia akan mengakibatkan pelbagai kerosakan dan kesan terhadap kulit wajah kita. Contohnya :-
🌸 Kulit menjadi kusam
🌸 Sangat sensitif
🌸 Kulit menjadi merah-merah
🌸 Jeragat dan jerawat mula membentuk

Kulit Halus dan Gebu

Kolagen adalah punca utama kulit halus dan gebu. Bila tahap keperluan kolagen dalam badan kita mencukupi. Ia sekaligus membantu menganjalkan kulit wajah. Kulit akan teras alebih halus dan gebu. Tak percaya? Pergi cocok2 pipi orang yang selalu amalkan pengambilan suplemen kolagen. Gebu je kan?
Dengan SR Vitamin C Shaklee ia membantu menjadikan kulit lebih halus dan anjal. Dah tak payah risau cik abang pun tak akan cari lain.

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © Umi Maisarah | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif