Dunia baru

Berpantang penuh bergaya dengan VIVIX

Wednesday 25 April 2018

Assalamualaikum. Salam ceria dan salam kasih sayang. Hari ni Kak Mie nak berkongsi kisah berpantang Kak Mie pula ya. Teman setia Kak Mie sepanjang berpantang Kak Mie ialah VIVIX di jantung hati.

Macam mana boleh terjatuh cinta dengan VIVIX? Kisahnya. bermula semasa Kak Mie mengandung kedua. Oh ya Kak Mie sebenarnya pernah keguguran pada Ogos 2015. Usia kandungan 6 minggu. Sedih?? Memang lah tapi siapalah kita hendak menidakkan ketentuan-Nya. 

Alhamdulillah berkat kesabaran dan redha dengan keguguran pertama, sebulan selepas tu Kak Mie mengandung semula. Masa ni memang dah kenal Shaklee cuma belum jatuh cinta sepenuh hati. Makan suplemen on off ikut suka hati. Pengalaman GDM masa mengandung memang stress. Kena minum air gula. Bila dah disahkan GDM bermulalah episod berjumpa doktor. Dan paling perit bila dalam sehari ulang alik ke KKIA 4 kali sehari. Dari 8 pagi sampai 8 malam. Sepanjang hari tengok makanan macam ngeri seolah-olah makanan tu akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat. Bila bacaan gula meningkat terpaksa tadah telinga dengar bebelan manja Nurse dan doktor...

Kak Mie bersalin secara normal awal sehari dari jangkaan. 12 jam di dalam deqan bersalin masih belum cukup beri pengajaran buat Kak Mie. Tempoh berpantang pula tidak amalkan suplimen. Akhirnya merana badan. Tiga bulan masih macam baru bersalin. Dengan keputihan yang teruk dan tidak selesa.

Sehinggalah anak Kak Mie berusia lima bulan, jari dah mula kebas. Kehilangan deria sentuh. Jari kelingking, jari manis dan jari hantu bermula dari kebas-kebas sehinggalah kehilangan deria sentuh. Dalam keadaan cemas baru teringat nak cuba VIVIX.

Alhamdulillah tidak sampai sebulan kebas jari hilang. Keputihan pun hilang tanpa Kak Mie sedari.

Aqilah masuk 6 bulan ada rezeki dapat adik. Berpantang kali kedua akak memang dah standby dengan VIVIX. Dua minggu lepas bersalin akak dah boleh urus diri sendiri. Kali ni lebih Kak Mie berpantang dengan bertenaga dan bergaya. Taraaaaaa.... Ini dia minuman atau vitamin kesayangan Kak Mie.


No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © Umi Maisarah | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif