Dunia baru

Senyuman Keramat Hidupku

Thursday 21 December 2017

Senyuman mak adalah senyuman yang sangat menenangkan. Bersyukurlah siapa yang masih punya mak. Kasihi dan santuni mereka kerana mereka adalah keramat hidup kita.

 Bawa mak untuk sama-sama melihat impian anaknya agar satu hari dapat memiliki rumah ini. Biar mak turut menyentuh impian anaknya. Biar mak menghidu mimpi anaknya. Semoga suatu hari nanti impian itu menjadi kenyataan.  Agar mak boleh mendoakan impian anaknya termakbul.

Ya Allah, berikan mak kesihatan untuk terus beribadah kepadaMu, panjangkan umurnya, murahkan rezekiku agar dapat kutunaikan impiannya. Permudahkanlah Ya Allah, kerana ia terlalu mudah bagiMu. 
Aminnn...

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © Umi Maisarah | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif