Dunia baru

Hebatnya SPA dengan Team TWB

Thursday 16 August 2018

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...jumpa lagi dalam tulisan seterusnya...

Apa yang hebat sangat dengan spa TWB ni?
Kan ada banyak mobile SPA di luar sana. Kenapa SPA TWB ni lain dari yang lain??

1. KEHEBATAN PRODUK

Mobile Spa TWB  sebenarnya dikuasakan oleh produk scincare yang super duper power iaitu YOUTH SHAKLEE

i. Hasil kajian saintis SHAKLEE selama 8 tahun terciptalah YOUTH SCINCARE. 
ii. Bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya
iii. Dihasilkan daripada bahan yang 100% semulajadi.
iv. 

2. AHLI DI SELURUH MALAYSIA
Once you sudah jumpa one of our beautician, awak nak minta servis satu Malaysia pun boleh. 

Ehhh macam mana tu? Beautician tadi akan suggest you dengan beautician  TWB yang terdekat yang ada di seluruh Malaysia. Senang kan??

So, next time mo cuti..mo out station sambil2 mo manjakan diri korang google jak Mobile Spa TWB berderet maklumat keluar tau. Nak contact saya pun boleh... Nanti saya perkenalkan beautician TWB berhampiran anda... Zaasssss laju jak dorang datang bagi servis...hehehe

Ada lagi nak cerita...kejap nak masak dulu...nanti kita sambung balik ya...

Ni antara contoh sentuhan team TWB. So jangan lepaskan peluang rasai sentuhan dari team kami.





Berminat nak sertai spa bergerak tanpa kedai kami boleh terus hubungi saya tau... Jom jana pendapatan bersama team TWB

Bisnes Mobile Spa TWB

Wednesday 8 August 2018

Assalamualaikum semua...singgah dulu tinguk2 aaaa....

Ni kakak mo share tips kalau mo mula bisnes.

Kalau mo mula bisness...pilih la bisness yg rendah modal dan rendah risiko...jangan berhutang. Pinjam bank ribu2 lepas tu bekakai mo bayar.

Cari bisness yang boleh dapat cash hari2. Senang dibuat. Nda payah suruh2 orang. Sendiri buat sendiri dapat hasil. Kan... Nanti kalau sudah dapat kumpul modal banyak2 barulah kamu kasi upah orang.

Pernah dengar istilah di mana ada perempuan di situ ada duit.. Hahaha nampak sangat perempuan kuat belanja... Naaahhh bisnes yang paling senang dan jafi trending sekarang ni ialah Mobile Spa atau spa bergerak tanpa kedai.

Bisness mobile spa twb serendah RM1999 satu pelaburan bijak untuk korang yang masih tercari2 untuk memulakan perniagaan. Tidak kiralah kamu mo buat part time atau fulltime.

Uiiiinaaaaa mahal baitu...hahaha... Pok kita mo bisness mesti mo modal bah kan.. Cok ko kasi tau aku apa bisnes nda pakai modal.. Lakiku pelihara ayam pun pakai modal juga. 

Yang jadi dropship pun pakai modal juga.. Yalah kridit talipon dengan line internet pakai duit juga mo beli kan... Nda da yang percuma... Alamak terbebel sudah kan...

Apa kunuk kamu dapat kalau bayar RM1999 tu? 

1) Produk Spa:
- Youth Complex Set
- Alfalfa
- ESP
- Vitamin C
- Ostematrix

2) Sijil Penyertaan

3) Trial Kit Spa
- Head band
- Sponge muka
- Berus masker

4) Perlatan Spa
- Mangkuk Facial
- Beg Mobile Spa
- Facial Steamer
- Ion Massage

5) Hardcopy Modules

Itu jak??? Isshhhh tamak jugakkk....hahaha nda apa...kami ada bagi lagi tambahan bah kalau ko mau...

1. Support group paling osemmmm... Yg ko nda mo buat bisnes mobile spa pun sampai tegaruk2 mo buat bisnes spa ya.... Yg ni mmg betulll....

Siapa nda jeles orang lain buat kipas pakai duit ko buat kipas pakai kertas jak... Sudahblah tu kertas buku anak pulak tu...atau kipas kotak jak....hhahaha nda menarik langsung kipasnya...

Ini jenis jeles yang positif ya... Nda merbahaya untuk kapal2 kecil...

Ada baaaaaanyyyyaaaaaakkkkk lagi kalau kamu mo tau....

Betul mo tau??? Kamu boleh call atau wassap jak saya tau.... Kalau dekat2 boleh kita bguni2 (istilah remaja area kakak ni) hahahha....

http://www.wassap.my/60198521745

TWB The Glamorous Mobile Spa

Friday 3 August 2018

The Walking Beauty mobile spa yang paling glamer tau. 

1. Guna Produk berkualiti dan selamat

TWB menggunakan Youth scincare yang bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya terbukti selamat dan berkesan. Scincare yang digunakan telah menjalani 8 tahun kajian. 

2. Support Group berterusan

Satu-satu mobile spa yang mempunyai support grup selepas tamat kursus. Boleh buat gathering lagi...


3. Kelas nutrisi

Ehhh..beautician TWB pun ada kelas nutrisi tau. Maknanya team TWB bukan saja ada ilmu kecantikan malah ada ilmu nutrisi tau... Sesuai sangat dengan tagline TWB "Beauty With Brain"

4. Trip Luar Negara 

Setiap tahun TWB akan buat trip ke luar negara tau...hhmmmm siapa yang minat travel memamg sesuai sangat lah...hehheh like me :) 

5. Beautician Luar Negara

Ahli TWB bukan dalam Malaysia jak tau. Australia, Mesir, Brunei dan terbaru dari New Zealand pun ada ahli TWB...GLAMER KANNN


6. TWB Academy

Dan yang terbaru TWB mewujudkan akademinya sendiri. Peserta akan dibimbing untuk mendapatkan semula modal pelaburan dalam masa sebulan. Peserta bukan hanya diajar tentang ilmu kecantikan, ilmu marketing, ilmu kesihatan dan baaannyyyyaaaakkkk lagi...


Berminat untuk menyertai team kami dan tahu lebih lanjut anda boleh hubungi www.wassap.my/60198521745

Projek Bebas Hutang Dengan Bisnes Spa TWB

Friday 27 April 2018


Assalamualaikum!!! Entry Kak Mie kali ni mo sembang-sembang bagaimana cara bebas hutang dengan bisnes spa The Walking Beauty (TWB). Ramai antara kita khususnya wanita berkerjaya tapi masih dibebani dengan hutang. Stress di tempat kerja, stress menguruskan rumahtangga, ditambah lagi stress hutang yang tak sudah.




Kos sara hidup semakin meningkat. Gaji naik sekali setahun, masih tidak cukup menampung kenaikan kos sara hidup masa kini. Apa lagi hendak menyelesaikan hutang. Serabut kepala fikir banyak perkara.

Bagaimana Projek Bebas Hutang TWB boleh menyelesaikan masalah hutang anda???

TWB ialah bisnes mobile Spa Shaklee yang menawarkan pendapatan dari LIMA penjuru. Perniagaan Spa tanpa kedai sesuai untuk semua wanita sama ada masih belajar, sedang mencari-cari pekerjaan, sedang bekerja, suri rumah, wanita yang ingin membantu suami mencari duit sampingan, ibu tunggal dan semua wanita di luar sana.

Ahli-ahli TWB mempunyai support group yang hebat dan mempunyai ahli-ahli yang mahir dan tidak lokek berkongsi ilmu. Bukan sahaja ilmu dari segi perkhidmatan spa, malah ahli TWB juga mempunyai pengetahuan tentang nutrisi hasil bimbingan daripada pakar nutrisi Shaklee. 

Apa kelebihan Mobile Spa TWB??


1. Spa Wanita

Hanya wanita yang memahami keperluan wanita. Terdapat wanita yang memerlukan kerjaya untuk menambah pendapatan sekaligus Bebas dari beban hutang. Ada juga wanita juga memerlukan belaian manja melalui perkhidmatan spa tanpa perlu keluar rumah meninggalkan anak-anak, menghadapi kesesakan lalu lintas, jimat masa dan tenaga. Perkhidmatan spa sampai ke rumah. 2 IN 

Memahami keperluan ini Master Ainul Shahrazad mengilhamkan Projek The Walking Beauty. Spa Wanita untuk wanita. Wanita yang 

Wanita, kecantikan dan kejelitaan adalah sangat sinonim. Menjadi wanita cantik merupakan satu kemestian bagi seorang wanita. Ingat!!! Ini bukan pilihan. SEMUA WANITA MAHU KELIHATAN CANTIK!!!

Sesibuk macam manapun melaksanakan tugasan dan tanggungjawab, insan bernama wanita ini tentunya ingin dibelai dan dimanjakan. Namun gaya hidup kini yang sentiasa sibuk sehingga wanita sanggup melupakan hasrat tersebut. 

Dengan adanya perkhidmatan mobile spa TWB dapat memenuhi keperluan ramai wanita yang sibuk dan mempunyai kekangan masa untuk memanjakan diri. Hanya di rumah sambil melayan kerenah anak-anak, para wanita boleh menikmati belaian manja daripada beautician TWB.

2. Spa Natural

Mobile Spa TWB atau Spa Shaklee menggunakan sumber semula jadi. Setiap produk yang digunakan telah melalui ratusan bahkan ribuan kajian klinikal untuk menjamin kualitinya. 

Selain itu, penggunaan produk ini merawat kecantikan luar dan dalam.

Produk Youth Scincare antara produk yang digunakan oleh ahli TWB. Youth telah menjalani 8 tahun kajian klinikal sebelum dipasarkan dan bebas daripada 1500 bahan terlarang yang digunakan dalam produk kecantikan.

3. Spa Pengantin

Berbanding kursus lain di luar sana Pakej TWB bukan sahaja murah tetapi lengkap dengan 5 kursus spa.

🌸 Facial and Treatment
🌸 Spa tangan dan kaki
🌸 Sauna Herba
🌸 Scrub badan
🌸 Mandian Aura

Tambah satu bonus

🌸 bagaimana membuat home spa sendiri

Dengan pakej lengkap ini ahli TWB boleh menawarkan perkhidmatan pakej pengantin. Pengantin yang berdarah sweet and sour tu tidak perlu keluar rumah untuk mendapatkan perkhidmatan spa. Anda hanya perlu menghubungi ahli TWB di seluruh Malaysia. Dan mereka akan sentiasa sedia memberi perkhidmatan terbaik untuk anda.

4. Pendapatan 5 Penjuru

Ahli TWB akan dapat menikmati pendapatan bukan hanya melalui perkhidmatan spa, malah setiap ahli berpeluang menjana pendapatan dari empat penjuru yang lain.

Antara hasil kejayaan ahli TWB









Sertai kami segera untuk bersama menjana pendapatan anda.

Sila hubungi / wassap 019.852.1745 untuk sebarang pertanyaan lanjut.










Top 10 Best Seller Produk Shaklee

Wednesday 25 April 2018


Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi ada baiknya kita berkenalan dulu dengan vitamin terhangat di pasaran. Dah kenal nanti gerenti jatuh cinta tahap tak nak putus tau...siang malam asyik terbayang.

Terdapat banyak Vitamin Shaklee yang terdapat dalam pasaran Malaysia. Antara vitamin tersebut terdapat 10 Vitamin yang paling laris dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. 

Walaubagaimanapun entry kali ni Kak Mie ingin kongsikan 5 daripada vitamin tersebut. Sila klik untuk maklumat lebih lanjut. 
3. Vivix
5. ESP

Vitamin ni pilihan Kak Mie untuk menjaga kesihatan keluarga. Sebolehnya Kak Mie usaha mengelakkan ubat sintetik untuk keluarga tersayang. Kakak pilih Vitamin yang menjalani pelbagai ujian untuk memastikan hanya yang terbaik untuk dan berkualiti. 





OSTEMATRI SUSU AJAIB

Ostematrix Kak Mie gelarkan susu ajaib. Kak Mie termasuk dalam kategori tidak suka susu. Keturunan yang tak sukakan susu. Dari nenek, mak dan akak sendiri. Teringat masa Kak Mie mengandung anak kedua. Cik Abang belikan Kak Mie susu Namun perisa coklat. Kononnya supaya Kak Mie tidak muak. Memang Kak Mie tidak muak sebab tak minum pun susu tu. Hahhahahahah

Langsung tak pandai hargai pengorbanan suami belikan susu tu. Alhamdulillah Kak Mie jumpa ostematrix. Kononnya nak cuba sebab terbaca kebaikan ostematrix untuk ibu mengandung. Masa tu dah terasa sekali kejang kaki masa awal mengandung. Bila dah amalkan ostematrix dapat rasa krem kaki sekali saja sehingga bersalin. Sakitnya masa kejang tu hanya Allah yang tahu.

Ostematrix ni antara suplemen pilihan Kak Mie untuk beri pada ibu tercinta. Maklum saja lah di usia tua ni semua dah sakit-sakit. Mak selalu mengeluh sakit lutut. Susah mo jalan. Susah mo berdiri kalau sudah duduk lama-lama. Kesian mak. Mo solat pun sakit-sakit. Alhamdulillah bila Kak Mie bagi ostematrix sakit kaki dah ok. Mak boleh menunaikan amal ibadat dengan tenang. Hati pun riang tengok mak ceria.

Tak lama lagi bulan Ramadhan menjelang tiba. Seronok tengok mak boleh menunaikan ibadah dengan tenang.



Kenapa perlu kalsium Shaklee???

Ostematrix diformulasikan dengan 7 ramuan nutrisi penting iaitu kalsium, vitamin D, magnesium, zink, Kuprum, jangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Ia berbentuk tablet dan mudah ditelan. Sangat sesuai untuk Kak Mie sekeluarga yang tak suka susu.

Apa yang terkandung dalam ostematrix??

Kalsium (1000mg) - Sumber semula jadi yang berkonsentrasi serta mudah diserap

Vitamin D (400IU) - Merangsang kadar penyerapan kalsium

Magnesium (400mg) - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan tulang

Boron - Membantu dalam metabolisme tulang

Jangan, tembaga dan zink - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembentukan kepadatan tulang.

Kebaikan Ostematrix

* Membantu membentuk tulang dan gigi yang sihat dan kuat
* Memulihkan kekejangan dan kebas tangan dan kaki
* Membantu mengurangkan sakit belakang
* Mengurangkan risiko osteoporosis
* Melegakan sembelit
* Melegakan sakit sakit sendi
* Membantu masalah buasir
* Membantu mengatasi migrain



Persediaan Cantik Di Pagi Raya


Apa rahsia Sustained Release Vitamin C Shaklee sehingga menjadi Vitamin kegemaran wanita Malaysia?. Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri. Oleh itu pengambilan vitamin C perlu sama ada melalui pemakanan harian ataupun suplimen. Vitamin C adalah Vitamin larut air dan perlu diambil secara harian.
Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana Vitamin C dilepaskan secara berperingkat setiap jam selama 5 jam. Di mana setiap biji Vitamin C Shaklee 500mg Vitamin C.

Sejak sekolah lagi sering diberitahu Vitamin C baik untuk kulit. Tidak kira pengambilan Vitamin C melalui pemakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kak Mie pun salah seorang yang percaya dengan pengambilan Vitamin C melalui pemakanan. Oleh itu akan pun gigih lah makan buah tomato mentah untuk dapat kulit yang cantik. Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik. Tapi nak makan buah oren zaman dulu bukan mudah. Lebih-lebih lagi Kan Mie berasal dari keluarga susah. Makan buah oren macam satu kenikmatan yang amat.

Hahaha sekarang tak perlu susah-susah. Sebiji Sustained Release Vita-C Shaklee Sama dengan 7.5 biji buah oren. Hmmmm buah oren sebiji di pasaran pun berharga RM1.50. Yang ni kiranya buah standardnya lah, saiz sedang-sedang, rasa manis. Nak lagi besar mau taknya RM2.00 sebiji. Ok nak makan 7.5 biji oren lebih kurang RM11.25. Makan buah tu pula kena makan setiap jam untuk pastikan badan kita mendapat sumber vitamin c yang cukup. Hehehheh siapa sanggup sila angkat tangan. Eh belum habis sampai situ. Makan buah Oren dalam kuantiti macam tu boleh jadi encik batuk datang bertandang. paling tidak pun kita yang bertandang selalu ke tandas sebab sakit perut. Hehehheh tak payah pening-pening fikir mana mau cekau duit beli oren. Sebiji Sustained Release Vita-C Shaklee cuma RM0.58 sama dengan 7.5 biji oren. Senang kan???? Mudahnya nak cantik dan sihat dengan Vita-C Shaklee.

Memang banyak vitamin C dalam pasaran. Taaapiiiii pastikan jangan beli yang sintetik tau... Sebaiknya pilih lah vitamin c yang diformulasikan dari bahan semulajadi. Sustained Release Vitamin C Shaklee merupakan Vitamin C yang diestrak daripada kulit buah dan mengandungi 25% bioflavonoid. Bioflavonoid mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh badan kita untuk membantu menetang bakteria dan radikal bebas. Nak cantik kan... tapi kesihatan jangan abaikan tau... Cantik dan sihat biar seiring. Barulah kita buat pilihan bijak.... Beauty WITH BRAIN...heheh

Ok korang. Vitamin bijak ni juga ada kelebihan lain tau. Sinnniii mari Kak Mie nak membawang kebaikan Sustained Release Vita-C Shaklee ni.

Apa Kelebihan Vitamin C Shaklee ?

Membantu Pembentukan Kolagen
SR Vita-C Shaklee membantu merangsang penghasilan semula kolagen dalam tubuh badan kita. Ia mampu menjadikan kulit wajah lebih anjal dan lebih halus.
Kolagen merupakan salah satu protein yang terdapat dalam tubuh badan kita. Ia merupakan komponen penting bagi mendapatkan kulit yang gebu dan halus. Tubuh badan kita memerlukan kolagen bagi menghasilkan kulit cantik dan sihat.

Ia bertindak sebagai penguat otot-otot diwajah supaya kelihatan lebih anjal dan halus. Akan tetapi penghasilan kolagen akan merosot apabila umur kita mencecah 30 tahun ke atas. Macam Kak Mie lah. Umur pun sampai tak cukup jari tangan dan kaki kakak nak kira. Oleh itu kita digalakkan untuk mengambil suplemen yang membekalkan kolagen untuk topup keperluan tubuh badan kita.

Mencerahkan Kulit Wajah

SR Vita-C membantu mencerahkan kulit wajah. Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam dan tona tidak sekata.
Ia juga bertindak sebagai anti-pigmen, iaitu mencegah daripada pembentukan pigmen berlaku yang boleh mengakibatkan jeragat terbentuk pada bahagian wajah kita.

Melindungi Sel Kulit Daripada Kerosakan

Vitamin C antara vitamin yang penting dalam membantu melindungi ketahanan sel sel kulit  dari terdedah dengan sinaran matahari (UV) yang mampu merosakkan sel kulit.
Apabila sel-sel kulit mula terjejas ia akan mengakibatkan pelbagai kerosakan dan kesan terhadap kulit wajah kita. Contohnya :-
🌸 Kulit menjadi kusam
🌸 Sangat sensitif
🌸 Kulit menjadi merah-merah
🌸 Jeragat dan jerawat mula membentuk

Kulit Halus dan Gebu

Kolagen adalah punca utama kulit halus dan gebu. Bila tahap keperluan kolagen dalam badan kita mencukupi. Ia sekaligus membantu menganjalkan kulit wajah. Kulit akan teras alebih halus dan gebu. Tak percaya? Pergi cocok2 pipi orang yang selalu amalkan pengambilan suplemen kolagen. Gebu je kan?
Dengan SR Vitamin C Shaklee ia membantu menjadikan kulit lebih halus dan anjal. Dah tak payah risau cik abang pun tak akan cari lain.

Berpantang penuh bergaya dengan VIVIX

Assalamualaikum. Salam ceria dan salam kasih sayang. Hari ni Kak Mie nak berkongsi kisah berpantang Kak Mie pula ya. Teman setia Kak Mie sepanjang berpantang Kak Mie ialah VIVIX di jantung hati.

Macam mana boleh terjatuh cinta dengan VIVIX? Kisahnya. bermula semasa Kak Mie mengandung kedua. Oh ya Kak Mie sebenarnya pernah keguguran pada Ogos 2015. Usia kandungan 6 minggu. Sedih?? Memang lah tapi siapalah kita hendak menidakkan ketentuan-Nya. 

Alhamdulillah berkat kesabaran dan redha dengan keguguran pertama, sebulan selepas tu Kak Mie mengandung semula. Masa ni memang dah kenal Shaklee cuma belum jatuh cinta sepenuh hati. Makan suplemen on off ikut suka hati. Pengalaman GDM masa mengandung memang stress. Kena minum air gula. Bila dah disahkan GDM bermulalah episod berjumpa doktor. Dan paling perit bila dalam sehari ulang alik ke KKIA 4 kali sehari. Dari 8 pagi sampai 8 malam. Sepanjang hari tengok makanan macam ngeri seolah-olah makanan tu akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat. Bila bacaan gula meningkat terpaksa tadah telinga dengar bebelan manja Nurse dan doktor...

Kak Mie bersalin secara normal awal sehari dari jangkaan. 12 jam di dalam deqan bersalin masih belum cukup beri pengajaran buat Kak Mie. Tempoh berpantang pula tidak amalkan suplimen. Akhirnya merana badan. Tiga bulan masih macam baru bersalin. Dengan keputihan yang teruk dan tidak selesa.

Sehinggalah anak Kak Mie berusia lima bulan, jari dah mula kebas. Kehilangan deria sentuh. Jari kelingking, jari manis dan jari hantu bermula dari kebas-kebas sehinggalah kehilangan deria sentuh. Dalam keadaan cemas baru teringat nak cuba VIVIX.

Alhamdulillah tidak sampai sebulan kebas jari hilang. Keputihan pun hilang tanpa Kak Mie sedari.

Aqilah masuk 6 bulan ada rezeki dapat adik. Berpantang kali kedua akak memang dah standby dengan VIVIX. Dua minggu lepas bersalin akak dah boleh urus diri sendiri. Kali ni lebih Kak Mie berpantang dengan bertenaga dan bergaya. Taraaaaaa.... Ini dia minuman atau vitamin kesayangan Kak Mie.


Omega Guard Keperluan Insan Tersayang

Omega Guard??? Bunyi macam security jak... Hehehheh sebab tu ada nama Pak Guard disitu. Cuba bayangkan rumah kita ada security Guard. Hebat tak hebat??? Mesti hebat kan.. Ni Kak Mie nak cerita... Kakak memang ada upah security Guard dalam family akak. Dah nama sayangkan keluarga mesti sediakan security kan. Murah je upahnya...Hehehheh akak hire Omega Guard Shaklee untuk lindungi insan tersayang. Ni salah satu usaha Kak Mie untuk insan tersayang. Apapun pelindung sebenar adalah Allah SWT.

Antara pelbagai lemak yang ada di dunia...hahaha bukan main propa Kak Mie nak cerita... Ada satu lemak penting yang kita tidak boleh kurangkan iaitu asid lemak penting Omega-3. Omega 3 tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita tau.. Ehhhhh lemakkkkkk....

Nak tahu macam mana security Kak Mie kerja?

Security untuk Keramat Hidupku my only lovely mother 💗💗💗. Mak Kak Mie ada darah tinggi tau. Jadi akak upah lah Omega Guard ni jaga mak.

Security untuk anak tercinta. Omega memang sentiasa ada dalam simpanan. Anak batuk memang bagi omega. Omega juga berfungsi merawat keradangan. Dua hari lepas baby Ammar sakit mata sebab masuk air sabun masa mandi. Esoknya mata da mula merah. Akak bagi setengah biji omega ke dalam susu. Alhamdulillah hari ni mata Ammar tidak merah lagi.

Omega Guard juga jadi security kami suami isteri. Sebelum ni bacaan kolestrol akak ialah 7.8 tau. Bulan Mac 2018 baru-baru ni akak buat pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah bacaan kolestrol dalam darah 5.4. Masih perlu dikurangkan sehingga di bawah 5.2. Insya Allah bila konsistens bacaan kolestrol akak bertambah baik. Aminnn... Nanti bila buat pemeriksaan lagi akak update ye...

Ok nak kenal dengan security keluarga akak???



Susu serba guna ESP

Tuesday 24 April 2018


SEDIKIT SEJARAH ESP

PRODUK TERAWAL DALAM SEJARAH SHAKLEE

Tahu tak, ESP ni dicipta dari tahun 1961? Dah 54 tahun oiii dalam pasaran. Produk yang tidak berkualiti takkan dapat “survive” dalam pasaran selama ini. Owner dah tiada di dunia, tapi produknya masih lagi memberi manfaat kepada berjuta orang. Amazing kan?
SATU-SATUNYA PRODUK YANG MENGANDUNGI KESEMUA 9 ASID AMINO PENTING

Protein terdiri dari 21 asid amino. 12 daripadanya dihasilkan oleh badan (non essential amino acid). 9 lagi adalah essential amino acid yang hanya diperoleh dari makanan. Fakta mengenai ESP adalah ia mengandungi kesemua kesembilan asid amino tersebut.

Soya adalah satu-satunya protein tumbuhan yang menyerupai protein dari haiwan.
Protein ni diibaratkan seperti batu bata yang membina rumah. Seperti itulah perlunya protein terhadap badan kita. Sebab itu kalau anda baca testimoni ESP, ada bermacam jenis testimoni (kuku, rambut, kulit, tenaga, rahim etc). Nak buat macam mana, ESP ni memang membantu badan untuk sihat dari hujung kaki ke hujung kepala.

Sedikit Perkongsian Tentang Protein

Seperti yang kita tahu, protein adalah suatu kelompok makronutrien yang terdiri daripada sekumpulan asid amino yang berfungsi sebagai blok binaan untuk kehidupan di mana tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini.

Protein ini merupakan makanan kepada sel di mana struktur asas badan manusia juga adalah terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ pula akan membentuk sistem.

Protein adalah bahan utama dalam pembentukkan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia termasuklah meransang fungsi psikologi. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit.
KEBAIKAN DAN KHASIAT ESP SHAKLEE 
ANDA KENA TAHU

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.



Modal Minima Buka Spa

Wednesday 18 April 2018


Naluri wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik, namun kekangan masa dan tuntutan kerja menyebabkan ramai kaum wanita memendam perasaan atau hasrat untuk memanjakan diri di pusat spa. Tanggungjawab sebagai wanita berkerja, isteri dan ibu menyebabkan ramai wanita hanya menyimpan hasrat dan memasang impian ke kedai spa kerana kesuntukan masa. Memanjakan diri di kedai spa merupakan terapi terbaik bagi wanita.


Suri rumah juga ingin memanjakan diri setelah penat seharian menjalan rutin harian menguruskan rumahtangga. Namun begitu, masalah penjagaan anak membantutkan hasrat memberi penghargaan atau hadiah kepada diri sendiri.

Perkhidmatan Spa Bergerak yang juga dikenali sebagai Mobil spa telah menjadi fenomena masa kini. Terlalu banyak pilihan untuk anda memulakan perkhidmatan Spa Bergerak dengan modal yang paling minima. Namun begitu anda hendaklah berhati-hati semasa membuat pilihan agar tidak membuat keputusan yang silap. Pastikan THE WALKING BEAUTY (TWB) menjadi pilihan anda.

APA ITU THE WALKING BEAUTY?

The Walking Beauty adalah perkhidmatan SPA BERGERAK SHAKLEE yang diasaskan oleh Master Ainul Shahrazad dan Master Mohd Dzuha pada tahun 2015. Perniagaan spa tanpa kedai yang memerlukan modal yang sangat minima tetapi ilmu yang sangat berharga serta kualiti perkhidmatan setanding dengan kedai spa.


Perkhidmatan seperti inilah yang amat diperlukan bukan sahaja oleh golongan wanita bekerja tetapi suri rumah juga amat memerlukan perkhidmatan spa Bergerak sampai ke pejabat atau kediaman masing-masing.


KELEBIHAN SPA BERGERAK

- Sesuai untuk wanita yang masih tercari-cari kerja yang fleksibel, mudah dan santai tetapi dapat membantu menambah pendapatan keluarga.

- Memerlukan modal yang sangat minima dengan ilmu spa yang amat berharga serta menggunakan produk spa yang berkualiti.

- Tiada risiko kerugian. Ilmu ini berguna untuk diri sendiri dan keluarga di samping dijadikan sumber pendapatan sampingan.

-  Tidak memerlukan modal sewa kedai dan membuat renovation. Menggunakan bahan sedia ada.

- Bimbingan berterusan melalui support group daripada otai-otai spa yang tidak lokek ilmu memberi tips serta panduan yang amat berguna.

- Selain mendapat ilmu spa, beautician TWB juga dibekalkan dengan ilmu nutrisi sesuai dengan tag line TWB " BEAUTY WITH BRAIN". Bukan setakat cantik dalaman, luaran serta berilmu.

- Selain itu, anda juga akan dibimbing menjana pendapatan 5 penjuru. Pendapatan tidak hanya bergantung kepada spa semata-mata.

Menurut kajian Di America Syarikat, wanita yang bekerja mengikut waktu anjal lebih cenderung untuk berjaya dalam kerja. Wanita yang bekerja di samping anak-anak tanpa perlu risau keselamatan anak dalam jagaan orang lain. Anak-anak bermain dan membesar di hadapan mata. Wanita golongan ini bekerja dengan lebih gembira dan sangat menikmati masa bersama keluarga merupakan pendorong utama kejayaan mereka dalam kerjaya. Sebab itu tidak hairan ramai ahli TWB berjaya mencapai pendapatan empat sehingga 5 angka hanya dengan bekerja dari rumah.

MODAL MINIMA MOBILE SPA


Berapa modal minima untuk memulakan perkhidmatan spa Bergerak TWB? Dengan hanya RM1999 anda sudah boleh memulakan bisnes spa bergerak dengan jenama sendiri.

APA YANG SAYA AKAN DAPAT DENGAN RM1999

Dengan Bayaran RM1,999, apa yg u akan dapat??

1) Produk Spa:
- Youth Complex Set
- Alfalfa
- ESP
- Vitamin C
- Ostematrix

2) Sijil Penyertaan

3) Trial Kit Spa
- Head band
- Sponge muka
- Berus masker

4) Perlatan Spa
- Mangkuk Facial
- Beg Mobile Spa
- Facial Steamer
- Ion Massage

5) Hardcopy Modules

BEAUTICIAN SPA BERGERAK DIPERLUKAN

Kami mencari orang yangbperlu di bantu

- Bagi anda yang masih tercari-cari kerjaya.
- Sudah 5 tahun tamat belajar di institusi pengajian tinggi
- Baru habis SPM / STPM
- Fresh graduan

Bina kerjaya anda bersama Project The Walking Beauty. Tidak kira anda seorang isteri, anak, seorang ibu, pekerja, mahupun usahawan, Masa depan anda ditentukan oleh siapa anda sekarang.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 019.852.1745

BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA

Friday 13 April 2018



Result SPM dan STPM sudah dapat. Ke mana hala tuju anak2 kita selepas ini? Sambung belajar? Di mana? Berapa kos mo sambung belajar ni? Belanja bulanan macam mana?

Kalau berhenti belajar mo buat apa? Kerja apa yang boleh buat dengan SPM? Tidak kurang juga ada yang bekerja sementara tunggu tawaran dari mana2 IPTA @ IPTS. Bolehlah tampung sikit2 perbelanjaan nak sambung belajar besok. Dah masuk IPT nanti PTPTN kan ada???

Tidak kurang juga yang buat pilihan berhenti belajar dan rebut peluang yang ada depan mata walau dapat result cemerlang sekalipun. Belajar tinggi2 pun bukan terus dapat kerja. Tamat belajar besok terpaksa bersaing dengan ribuan graduan yang grad bersama dan yang dah berkurun grad pun ada.

Bagi yang dapat result bagus pula pening nak pilih kursus apa. Sesuai kah tidak kursus yang dipohon dengan keputusan exam? Kalau sesuai alhamdulillah. Lepas satu masalah. Taaaapiiiiii...tak minat pula dengan kursus tu. Eehhhhh kursus yang ni susah lah mo cari kerja bila habis belajar. Banyak saingan. Hhhhmmmm sampai ke sudah ada jak masalahnyaaaa.... Ada saja yang tidak kena.

Senario biasa bila musim result keluar. Anak2 yang dapat result cantik boleh canang satu kampung. Yang result cukup2 makan? Di mana mak nak sorok muka? Relax lah mak cik...dunia belum berakhir.

Banyak lagi onak duri yang belum dilalui. Kegagalan pun salah satu proses pembelajaran. Belajar bagaimana bangkit semula. Belajar bagaimana menjadi lebih kuat. Belajar mencari peluang.

PELUANG? Peluang macam mana yang terbaik? Mak2 kena bijak merancang untuk masa depan anak2 tau.

Mak dan ayah saya antara orang yang bijak satu ketika dulu. Tingkatan 4 mereka dah hantar saya pergi kursus menaip selama 3 bulan. Kenapa tingkatan 4? Kan lama lagi habis belajar. Mak ayah kita kan bijak...tingkatan 5 anak dia nak SPM. Masa tu kena fokus SPM. So, akak berjaya tamatkan kursus lebih awal dari masa yang ditetapkan. Ehhh anak dia pun bijak juga kan...hehhehe

Kenapa hantar kelas menaip? Kenapa tidak ke kelas komputer? Zaman tu belum zaman IT dik. Kalau akak tak dapat result ok. Akak ada kemahiran menaip. Boleh jadi kerani. Hahahahha ehhhh jangan tak tau jadi kerani adalah satu kemegahan masa tu tau. Alhamdulillah SPM jadi best student. So rancangan nak jadi kerani tak jadi. Tapi akak ada kemahiran menaip. Hehehhehe

Tak cukup dengan itu, ayah bekalkan lagi dengan kemahiran menjahit. Yang ni ayah ajar sendiri. Ayah sorang tailor yang hebat. Tapi dia lebih suka jadi petani. Seorang petani berpandangan jauh.

Masa tingkatan 5 akak dah boleh jahit langsir. Jahit langsir kelas tau... Habis tingkatan 6 sementara tunggu result STPM ayah dan plan nak buka kedai jahit untuk akak. Walaupun dia hanya seorang petani tapi pandangannya jauh. Perancangannya hebat. He's my idol.

Tengah cari2 lokasi kedai (lokasi kedai sebenarnya sudah ada, cuma kena deal dgn tuan tanah beberapa perkara) dapat pula tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA. ALHAMDULILLAH. Perancangan Allah adalah yang terbaik.

Bila dapat masuk IPTA dengan kemahiran yang ada (menaip) memudahkan akak siapkan tugasan. Zaman akak di universiti assignment pakai typewriter tau. Segan nak buat assignment jauh malam sebab bunyi mesin type tu boleh membangun penghuni satu blok. Hahahha senyum balik bila ingat zaman tu...

Paling bahagia macam kena loteri kalau dapat roomate yang ada elektrik typewriter. Heehhehe tenang sikit nak buat kerja. Tapi tak boleh juga lewat malam sangat. Sebab bunyi mesin type elektrik boleh membangunkan rakan sebilik. Hahahah dah lah pinjam orang punya buat bising pula. So pandai2 lah siapkan kerja tu awal.

Cuti hujung minggu balik rumah mak cik yang kebetulan tukang jahit. Hujung minggu part time menjahit. Masuk maktab jahit baju sendiri sebab mesin jahit disediakan. Nampak tak betapa mudah kalau ada kemahiran. Ke mana pun dicampak kita boleh survive. Boleh buat duit berdikari.

Andainya MOBILE SPA THE WALKING BEAUTY wujud masa tu mesti arwah ayah suruh akak join. Hehehe

Bagi ibubapa yang masih tercari2 hala tuju anak anda. The Walking Beauty (TWB) ada jawapannya. Ya... The Walking Beauty adalah peluang untuk membina kerjaya untuk anak anda. Penuhkan ilmu anak2 dengan kemahiran. Sementara menunggu tawaran IPT, sertai kursus mobile spa termurah dan paling mudah.

KENAPA MESTI TWB???

✔️TWB adalah Spa Shaklee.
✔ Kelebihan dari segi produk & servis
Produk yang digunakan berkualiti dan telah melalui ujian klinikal dan landmark study saban tahun.
✔ Kelebihan dari segi sistem bisnes
✔ Kelebihan dari segi support system. Sehabis kursus anda tidak bersendirian. Support group yang terdiri dari senior berpengalaman sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan memberi tips2 berguna.
✔ Kelebihan dari segi 5 penjuru income yg boleh anda raih.
✔ Kelebihan dari segi rewards

Bisnes paling mudah dipelajari. Dalam sehari anda berpeluang belajar kursus iaitu:
➡️relaxing facial
➡️body scrub
➡️hand and foot spa
➡️mandi aura
➡️sauna herba
➡️tambahan kursus ~ membina home spa dan mobile spa atas jenama sendiri.

Selesai kursus anak anda sudah boleh menjalankan perniagaan spa sendiri sementara menunggu tawaran sambung belajar.

Semasa belajar pun masih boleh meneruskan perniagaan mobile spa. Bagaimana menjalankan mobile spa tidak kira masa walau di mana berada. Bisnes spa masih boleh diteruskan walau bercuti!!!

Jadi anak kita tidak perlu berhenti belajar untuk membina perniagaan sendiri. Sambil belajar boleh buat pendapatan sendiri. Income 5 penjuru. Tidak dapat buat spa, ada 4 jenis pendapatan yang boleh diperolehi.

Mudahnya buat duit dengan TWB. TAWARAN TERHAD SEHINGGA APRIL 2018
Dengan pakej serendah RM1999 anda akan dapat:-

✔️ Youth full set
✔️ masker
✔️ scrub
✔️ beg spa
✔️ steamer
✔️ ion face massage
✔️ trial kit
✔️ sijil

Mudahnya buat duit dengan TWB. Bisnes mudah, sempoi tapi exclusive. Curlass gitewww..

Curlass tak bila dapat melancong ke luar negara dengan duit spa? Setiap tahun TWB akan buat trip ke luar negara.

2016 - Australia
2017 - Maldives
2018 - Paris

Seronok kan. Lagi macam akak yang suka melancong. Selain dapat duit. Dapat melancong. Dapat bines bisness sendiri. Dapat support team yang macam family sendiri. Dan yang paling penting dapat mentor iaitu founder TWB yang sentiasa bersemangat.

Sila intai gambar hasil spa TWB 💟💟💟



Sayangi anak anda. Rancang yang terbaik untuk yang tersayang.

Beautician wanted!!!
#projekbuatduithari2
#mobilespamurah
#019.852.1745











Kursus Spa The Walking Beauty 2018

Friday 6 April 2018

Assalamualaikum dan selamat malam. Baru berkesempatan menulis di blog setelah permata hatiku lena dibuai mimpi.

The Walking Beauty!!!

Cantik kan nama tu? Macam tu juga cantik dan indahnya projek Master Ainul Shahrazad founder The Walking Beauty.

Apa yang best dengan The Walking Beauty?

1. Kursus Spa Terlajak MURAH!!!


Dengan hanya serendah RM1,999 anda sudah boleh memulakan kedai spa anda.

Apa yang anda dapat dengan harga tersebut?

💠Belajar 5+1 courses
✔️Relaxing facial
✔️Body Scrub
✔️Aura Bath
✔️Hands & Foot Spa
✔️Sauna
💥+1 how to set up home & mobile spa

Bila ilmu di dada sudah cukup, kepakaran sudah mantap, kita perlukan peralatan pula kan untuk run mobile spa kita ni. Pakej RM1999 ni anda akan dapat

💮Scincare Shaklee
💮scrub Shaklee (2 jenis)
💮masker shaklee

Dan!!! Bukan itu saja.. Anda juga akan dapat
🌠Beg SPA
🌠Steamer
🌠Ion massage
🌠Trial kit
🌠Sijil

Dah dapat ilmu, dah dapat beauty produk, basic tools pun sudah di tangan. Apalagi yang TWB nak bagi ya??

✔ module lengkap
✔ support group
✔ lifetime coaching
✔income 5 penjuru

Modul lengkap serta kitab harga akan disertakan untuk panduan anda. Anda tak akan keseorangan dalam hidup....cheeewahhh... Maksudnya lepas training anda akan dimasukkan dalam support group yang sangat2 membantu. Dah namapun 'support' kan. Senior2 yang tidak lokek ilmu sedia berkongsi tips pada bila2 masa. Tiada istilah cemburu, atau persaingan tidak sihat. Yang jelas adalah ukhuwwah ahli TWB sangat erat. Ni taip pun airmata bergenang...

Bila join TWB bukan setakat income meningkat, keimanan pun insya Allah akan meningkat. Founder TWB Master Ainul Shahrazad sentiasa mengingatkan kita agar menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Mana tak jatuh cinta yang amat dengan TWB.

-habis training terus boleh buat spa atas jenama sendiri. Boleh buat dekat jiran sebelah rumah, kawan satu pejabat, isteri kawan (kita buat spa ni untuk wanita sahaja). Yang dah kawin tu boleh bagi special service untuk suami tercinta. Biar rumahtangga kita makin hangattt gitewww...💖💖💖

Macam tak cukup tangan nak bawa semua benda yang TWB bagi. Macam tu juga nanti anda tak cukup tangan nak servis customer tauuu...

2. YOUTH

Set lengkap Youth yang anda akan dapat bila join TWB bulan April 2018. Telah menjalani 8 tahun penyelidikan sebelum dipasarkan. Shaklee sentiasa mengutamakan kualiti setiap produk yang dihasilkan. Sesuai dengan kualiti YOUTH, proven result pengguna YOUTH memang osemmmm tau..




3. Sijil Rasmi Beautician TWB 

Sudah berkursus anda akan diberi sijil beautician TWB. Kemudahan berkursus yang sangat fleksible. Ibu2 mengandung dan ibu2 baru habis pantang juga berpeluang belajar SPa.

Semua orang berpeluang belajar spa.

Salah seorang peserta TWB berkerusi roda tidak menghalang dia untuk menyertai TWB
Ibu yang sarat mengandung gigih menuntut ilmu untuk mengubah kehidupan.
Tadaaaaa...tidak ketinggalan ibu yang baru habis berpantang. Baby baru 56 menemani ibu belajar spa. Sambil dodoi anak tau.... 
Nak tahu sapa dia?? Its me....hehhee
So tiada alasan untuk kata susah nak belajar ilmu spa dengan TWB.

Jom bangkit bersama mengubah ekonomi keluarga anda!!!
Hubungi no 019.852.1745 untuk sebarang pertanyaan. 
Kupi2 pun boleh untuk orang Lahad Datu.


 
♥ Copyright © Umi Maisarah | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif